Undang-Undang Dadah
AKTA PENYALAHGUNAAN
DADAH, PENGGAL 27, 1984
Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 ialah undang
undang yang utama bagi kesalahan penyalahgunaan dadah di Negara Brunei
Darussalam. Ianya merangkumi kawalan dadah termasuk dadah narkotik dan
psaikotropik. Undang undang ini:
Pindaan yang terakhir kepada Akta ini ialah pada 23hb
November 1998 dengan pemindaan dadah METHYLAMPHETAMINE daripada dadah
Kelas B kepada dadah Kelas A.
Hukuman Mati
Dengan pemindaan Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal
27 pada Jun 1992, Negara Brunei Darussalam telah menguatkuasakan hukuman
mati bagi memiliki dadah terkawal untuk pengedaran lebih daripada;
Andaian
Memiliki
Peruntokan andaian memiliki dibawah Seksyen 15 Akta
Penyalahgunaan Dadah memperuntokan sesiapa yang memiliki beberapa jumlah
dadah yang terkawal diandaikan sebagai menyeludup dadah dan beban
pembuktian bahawa ianya bukan untuk tujuan penyeludupan adalah
keatasnya.
Seksyen ini memperuntukan seseorang yang didapati
memiliki beberapa jumlah dadah yang terkawal diandaikan sebagai
menyeludup dadah terkawal jika ia didapati memiliki lebih daripada;
-
2g Diamorphine (Heroin);
-
3g Morphine;
-
100g Opium;
-
15g Ganja;
-
10g Resin Ganja;
-
3g Kokain; atau
-
20g Methylamphetamine
AKTA BAHAN BAHAN
MENGHAYALKAN, PENGGAL 161
Akta Bahan Bahan Menghayalkan, Penggal 161 telahpun dikuatkuasakan pada bulan Mei 1992.
Akta ini menegah penyalahgunaan beberapa jenis bahan yang boleh
menghayalkan dan bagi kegunaan yang berkaitan.
Hukuman dikenakan apabila sabit kesalahan ialah denda yang tidak
melebihi dari B$3,000 atau dihukum penjara bagi satu tempoh yang tidak
melebihi dari satu tahun atau kedua duanya sekali.
AKTA PENGEDARAN DADAH (MENDAPATKAN KEMBALI
HASIL), PENGGAL 178
Akta ini telahpun berkuatkuasa pada 30hb Mac
1996. Akta ini menyediakan peruntukan bagi
mendapatkan kembali hasil dari pengedaran dadah dan peruntukan
peruntukan lain berhubung dengan pengedaran dadah.
AKTA RACUN, PENGGAL 114
Dengan pemindaan Akta Racun pada tahun 1996,
peruntukan didalam Seksyen 3A menyebutkan bahawa seseorang pegawai dari
Biro Kawalan Narkotik, dalam sebarang kes berkenaan dengan berlakunya
suatu kesalahan dibawah Akta ini, mempunyai segala kuasa seorang pegawai
polis dibawah Akta Peraturan Jenayah berhubung dengan suatu penyiasatan
mengenai kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.
Denda bagi seseorang yang melakukan kesalahan dibawah Akta ini
ialah denda B$8000, dan jika denda tidak dibayar penjara 6 bulan.
PERINTAH KELAKUAN JENAYAH (MENDAPATKAN
KEMBALI HASIL)
Perintah ini telah berkuatkuasa
pada 1hb Julai 2000. Perintah ini menyediakan peruntukkan
berhubung dengan mendapatkan kembali hasil dari kelakuan janayah dan
untuk kemudahan penguatkuasaan perintah perampasan dan penahanan diluar
negeri.
PERINTAH PEMBERSIHAN WANG
HARAM
Perintah ini telah berkuatkuasa
pada 1hb Julai 2000. Perintah ini adalah untuk menahan sistem
kewangan dari digunakan didalam kegiatan pembersihan wang haram 'money
laundering'.