Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 ialah undang undang yang utama bagi kesalahan penyalahgunaan dadah di Negara Brunei Darussalam. Ianya merangkumi kawalan dadah termasuk dadah narkotik dan psaikotropik. Undang undang ini:
Memperuntukan semua kesalahan dadah sebagai kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran;
Menyediakan hukuman bagi setiap kesalahan.
Pindaan yang terakhir kepada Akta ini ialah pada 23hb November 1998 dengan pemindaan dadah METHYLAMPHETAMINE daripada dadah Kelas B kepada dadah Kelas A.
Dengan pemindaan Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 pada Jun 1992, Negara Brunei Darussalam telah menguatkuasakan hukuman mati bagi memiliki dadah terkawal untuk pengedaran lebih daripada;
15g Diamorphine (Heroin);
15g Morphine;
1,200g Opium;
500g Ganja;
200g Resin Ganja;
30g Kokain; atau
50g Methylamphetamine
Peruntukan andaian memiliki dibawah Seksyen 15 Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntokan sesiapa yang memiliki beberapa jumlah dadah yang terkawal diandaikan sebagai menyeludup dadah dan beban pembuktian bahawa ianya bukan untuk tujuan penyeludupan adalah keatasnya.
Seksyen ini memperuntukan seseorang yang didapati memiliki beberapa jumlah dadah yang terkawal diandaikan sebagai menyeludup dadah terkawal jika ia didapati memiliki lebih daripada;
2g Diamorphine (Heroin);
3g Morphine;
100g Opium;
15g Ganja;
10g Resin Ganja;
3g Kokain; atau
20g Methylamphetamine
Akta Bahan Bahan Menghayalkan, Penggal 161 telahpun dikuatkuasakan pada bulan Mei 1992. Akta ini menegah penyalahgunaan beberapa jenis bahan yang boleh menghayalkan dan bagi kegunaan yang berkaitan.
Hukuman dikenakan apabila sabit kesalahan ialah denda yang tidak melebihi dari B$3,000 atau dihukum penjara bagi satu tempoh yang tidak melebihi dari satu tahun atau kedua duanya sekali.
Akta ini telahpun berkuatkuasa pada 30hb Mac 1996. Akta ini menyediakan peruntukan bagi mendapatkan kembali hasil dari pengedaran dadah dan peruntukan peruntukan lain berhubung dengan pengedaran dadah.
Dengan pemindaan Akta Racun pada tahun 1996, peruntukan didalam Seksyen 3A menyebutkan bahawa seseorang pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, dalam sebarang kes berkenaan dengan berlakunya suatu kesalahan dibawah Akta ini, mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dibawah Akta Peraturan Jenayah berhubung dengan suatu penyiasatan mengenai kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.
Denda bagi seseorang yang melakukan kesalahan dibawah Akta ini ialah denda B$8000, dan jika denda tidak dibayar penjara 6 bulan.
Perintah ini telah berkuatkuasa pada 1hb Julai 2000. Perintah ini menyediakan peruntukkan berhubung dengan mendapatkan kembali hasil dari kelakuan janayah dan untuk kemudahan penguatkuasaan perintah perampasan dan penahanan diluar negeri.
Perintah ini telah berkuatkuasa pada 1hb Julai 2000. Perintah ini adalah untuk menahan sistem kewangan dari digunakan didalam kegiatan pembersihan wang haram 'money laundering'.