Skim Pengawasan memata matai Orang Yang Dibawah Pengawasan (OYDP) yang telahpun memakan dadah ataupun menghidu bahan bahan menghayalkan.  Merka dimasukkan secara mandatori ataupun sukarela.
 
 
Skim Pengawasan secara Mandatori mestilah dijalankan bagi seseorang yang telahpun dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah  atau setelah dibebaskan dari penjara atau dibebaskan dari Pusat Rawatan dan Pemulihan di Rumah Al- Islah.
   
Skim Pengawasan secara Sukarela dari pihak swasta, kerajaan dan orang awam ialah orang yang menyerah diri secara sukarela.
Penuntut penuntut sekolah akan dirujuk ke Pengawasan ini jika didapati gagal mengikuti Skim Bimbingan dan Kaunseling selama 3 bulan di sekolah penuntut itu.
Bagi yang bekerja, surat kebenaran  dari majikan ataupun Ketua Pejabat bagi Jabatan yang berkenaan mesti dihadapkan, sebelum mengikuti Skim ini.
       
Peraturan peraturan Skim Pengawasan ialah:
Melaporkan kepada Pegawai Pengawasan pada masa dan  tempat seperti yang dijadualkan oleh Pegawai Pengawasan;
Membenarkan Pegawai Pengawasan untuk melawat tempat kediaman;
Tidak menukar tempat kediaman tanpa kebenaran bertulis Pegawai Pengawasan;
Tidak meninggalkan Negara Brunei Darussalam tanpa kebenaran Pegawai Pengawasan;
Mesti memaklumkan kepada Pegawai Pengawasan dengan serta merta mengenai sebarang pertukaran pekerjaan;
Mesti menghadirkan diri pada masa dan tempat yang dikehendaki  untuk memberi contoh air kencing sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Pegawai Pengawasan;
Tidak boleh dijumpai di mana mana tempat atau bersama sama dengan sesiapa juga sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pegawai Pengawasan;
Mesti menghadirkan diri untuk menerima nasihat pada masa dan tempat dan dihadapan sesiapa sahaja sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh Pegawai Pengawasan;
Tidak memiliki apa jua dadah yang terkawal;
Tidak akan sekali kali menyalahgunakan dadah.
 
Kegiatan kegiatan Program Pengawasan termasuk:
Mengambil contoh air kencing (pengawasan dadah) untuk ujian di Makmal Saintifik setiap kali OYDP hadir;
Mengendalikan pengambilan contoh darah (pengawasan inhalan) untuk ujian di Makmal Saintifik mengikut jangka waktu yang dibenarkan;
Membuat temuduga bagi kemajuan dalam pengawasan dan perkembangan OYDP samada dalam rumahtangga, pekerjaan atau lain lain;
Membuat taklimat berupa kebajikan, keugamaan atau riadah;
Merancang dan menyusun program lawatan.
   

Sekiranya dalam tempoh menjalani Skim Pengawasan OYDP dapat mengikuti dengan jayanya, maka cadangan pembebasan akan dihadapkan oleh Pegawai Pengawas kepada Penolong Pengarah Pengawasan.  

Tempoh bagi pengawasan dadah ialah diantara 6 hingga 24 bulan, sementara bagi pengawasan inhalan (menghidu) pula ialah diantara 6 hingga 12 bulan.

Ciri ciri penilaian bagi cadangan pembebasan OYDP ialah:

Kedatangan melapor diri yang cemerlang;
Keputusan ujian air kencing yang NEGATIF tidak mengandungi sebarang jenis dadah yang terkawal (atau contoh darah tidak mengandungi sebarang bahan yang menghayalkan);
Memiliki tingkah laku yang baik dan menunjukkan peningkatan sikap;
Berdisiplin.
 
Biro Kawalan Narkotik menguatkuasakan undang undang Akta Penyalahgunaan Dadah, Peraturan Peraturan Penyalahgunaan Dadah (Yayasan Yayasan Yang Diluluskan Dan Rawatan Dan Pemulihan), 1987.  Jika OYDP didapati melanggar undang undang tersebut, mereka akan dihadapkan ke Mahkamah untuk pendakwaan.
 
 
     
 
 
   
2006 NCB © All rights reserved