Bagi mereka yang terlibat akibat penyalahgunaan dadah tidak diabaikan, malah kes kes mereka ini dirujuk dan tindakan yang sewajarnya akan dijalankan.
Kes-kes yang di ambil perhatian ialah:
1. Orang Yang Dibawah Pengawasan (OYDP)
2. Orang Yang Kena Tangkap (OKT)
3. Rujukan daripada Keluarga
Masalah - masalah yang dikendalikan ialah bagi mereka yang menghadapi
1. Masalah kewangan
2. Pergolakan rumahtangga
3. Pengangguran
4. Masalah delinkuen
Ciri ciri atau kriteria bagi mereka yang akan dibantu adalah seperti berikut:
1. Individu yang terlibat
2. Ibubapa
3. Isteri dan anak anak (bagi yang sudah
berumahtangga)
Tatacara bantuan ialah:
Setiap kes yang dirujuk akan dibuka fail Bimbingan Kemasyarakatan (BK). Kes tersebut akan ditemuduga untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.
Setiap kes akan menghadiri sesi kaunseling, iaitu kaunseling individu dan kaunseling keluarga. Tujuan sesi kaunseling ialah, untuk membantu individu berkenaan meningkatkan konsep kendiri yang positif, harga diri dan sebagainya agar mereka boleh berdikari.
Kes kes yang telah dikenalpasti akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya:-
1. Mereka yang berkehendakkan
pekerjaan akan disalurkan kepada Jabatan Buruh untuk mendapatkan
borang dan maklumat pekerjaan.
2. Mereka yang memerlukan bantuan
kewangan akan disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan,
Baitul Mal atau Yayasan.
3. Mereka yang menghadapi pergolakkan
rumahtangga akan disalurkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Semua kes akan diteliti dari semasa ke semasa supaya proses tindakan, bantuan dan bimbingan berjalan dengan sempurna.