|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Rakan Kempen Generasi bebas dadah adalah salah satu kaedah komunikasi yang diguna pakai dalam pendidikan pencegahan dadah. Dalam konteks BKN, Rakan Kempen ini mulai ketara sejak tahun 2006.
Jalinan ini adalah untuk mempelbagaikan lagi pendekatan Pendidikan Pencegahan Dadah itu sendiri disamping membawa sama syarikat swasta untuk menyumbang kepada kewajiban sosialnya (social obligation). Peranan Rakan Kempen ini amat lah penting kerana sumbangan mereka selama ini banyak membantu melancarkan program-program pendidikan pencegahan dadah yang dikelolakan oleh pihak BKN yang ada ketikanya mempunyai sumber ataupun bahan yang amat terhad. Ini juga adalah sejajar dengan strategi Jabatan ini untuk mengalakkan penyertaan setiap lapisan masyarakat dalam menangani isu dadah khususnya dalam kempen pendidikan pencegahan dadah.
Biro Kawalan Narkotik melalui pendidikan pencegahan dadah telah, sedang dan akan terus bekerjasama dengan mana mana pihak yang menjadi Rakan Kempen ini. Jesteru itu hubungan ini seharusnya tetap dipelihara, diperkuatkan dan diperluaskan lagi dari masa kesemasa. Mengambil kira perkara ini, sudah tiba masanya pihak BKN perlu mengujudkan satu program khas bagi Rakan Kempen ini mengikut kaedah yang relevant, significant dan berkesan.
Salah satu program yang telah di perkenalkan ialah dengan mengujudkan program Kad Istimewa (Privilege Card programme). |
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 1. | Mengujudkan sistem rakan kempen yang berkesan dan memberi pulangan yang baik kepada kedua dua belah pihak iaitu BKN dan pihak rakan kempen [win-win situation]. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. | Dengan adanya keuntungan kepada kedua dua belah pihak ini, dengan sendirinya dapat mengukuhkan dan memperpanjangkan lagi hubungan kerjasama ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3. | Memaksimakan hubungan yang telah sedia ada dan menyebarluaskan lagi penyaluran mesej anti dadah yang ada di premis atau produk yang dikeluarkan oleh Rakan Kempen ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4. | Cuba untuk membantu Rakan Kempen ini untuk mendapatkan pelanggan yang setia dan kerap (Frequently and Royalty Guest) yang boleh membantu peningkatkan hasil jualan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5. |
Memberikan peluang kepada Rakan
Kempen untuk menyebarkan mesej anti dadah di premis perniagaan
mereka yang manain secara tidak langsung melambangkan sokongan mereka secara berterusan kepada
Program Pendidikan Pencegahan Dadah secara khusus dan jua menyumbang
kepada ke utuhan bangsa itu sendiri secara am.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]()
|
|
||
|
2008 NCB © All rights reserved |
||