Merancang
kursus bagi pegawai-pegawai dan kakitangan BKN;
Menguruskan
kursus pegawai-pegawai BKN dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP);
Menyediakan
peruntukan latihan / kursus;
PENGURUSAN
ASET DAN BELANJAWAN
Mengendalikan pengurusan aset;
mengendalikan perbelanjaan khas dan projek RKN;
menyediakan
peruntukan tahunan jabatan;
mengendalikan dan menguruskan kontrak perumahan;
KESELAMATAN,
LOGISTIK DAN PEMELIHARAAN ASET
Mengendalikan senjata api, peluru dan latihan menembak bagi pegawai
BKN;
Mengendalikan stor barang rampasan dan peralatan pejabat;
Mengendalikan alat perhubungan dan sistem keselamatan;
Memelihara
bangunan pejabat, perumahan, kawasan, kenderaan laut dan darat dan
peralatan pejabat;
Mengendalikan penghapusan harta benda kerajaan;
TugasdanTanggungjawabCawanganiniialah:-
PENYIASATAN, PENDAKWAAN DAN
PENDAFTARAN DAN KAWALAN EXHIBIT
Menjalankan penyiasatan bagi kes-kes dadah dan bahan-bahan inhalan;
Membuat pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan inhalan;
mendaftar kertas penyiasatan (IP) dan perjalanan fail IP;
GERAKAN DAN MARIN
Membuat pembenterasan dan
pemantauan ke atas masalah dadah di negara ini dengan menahan,
memeriksa dan menangjao mereka yang terlibat dengan aktiviti dadah
dan inhalan;
Membuat pemantauan, rondaan dan pengawalan penyeludupan dan
pengedaran dadah daripada memasuki Negara Brunei Darussalam melalui
perairan negara;
Mengujudkan kerjasama dua hala dengan Negara Malaysia yang mempunyai
sempadan bersama;
RISIKAN, ANALISA DAN POS KAWALAN
ANALISA
Menyediakan laporan analisa berhubung dengan kes-kes pengedaran dan
penyalahgunaan dadah yang berlaki didalam dan luar negara;
RISIKAN
Menerima, mengumpul dan
menganalisa maklumat yang diterima di dalam dan luar negara untuk
tindakan seterusnya;
Mengeratkan
kerjasama kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
Mengujudkan
kerjasama dua hala dengan berbagai agensi kerajaan, swasta dan orang
ramai;
Memantau
kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam negara, Sabah dan
Sarawak;
Memantau
perubahan modus operandi dan membuat penyiasatan keatas kimia yang
diseludup dan dibawa masuk ke negara ini;
Mengendalikan kes sindiket dadah antarabangsa;
Membuat
siasatan ke atas warganegara Brunei Darussalam yang direkrut oleh
sindiket dadah antarabangsa;
POS KAWALAN
Mencegah penyeludupan dan kemasukan dadah melalui Pos Kawalan darat,
laut dan udara;
Membuat pemeriksaan berkala ke atas kenderaan dan penumpang yang
mencurigakan serta individu yang mempunyai rekod di BKN;
ANJING PENGESAN
Membuat pemeriksaan ke atas kenderaan serta kawasan luar dan dalam
rumah jika diperlukan;
Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan suspek yang keluar masuk
melalui Pos Kawasan Kuala Lurah dan Sungai Tujuh, Kuala Belait;
Melakukan pemeriksaan di Kawasan Pusat Al-Islah;
Melakukan pemeriksaan bagasi penumpang yang tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Berakas;
Melakukan pemerhatian di Terminal Feri Serasa Muara;
SIASATAN KHAS DAN CLPD
Membuat penemuan, pemerhatian, penyiasatan dan rampasan terhadap
harta benda dan aset yang diperolehi pengedar dadah dari hasil
aktiviti pengedaran dadah;
Mengambil dan menganalisa bukti-bukti yang diperolehi di tempat
kejadian;
Menguatkuasakan undang-undang dadah dan yang berkaitan yang
diperuntukkan kepada Biro Kawalan Narkotik;
Mengumpul maklumat dan bahan bukti bagi menahan pengedar-pengedar
dadah dibawah Akta Undang-Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan),
Penggal 150;
TugasutamaCawanganiniterbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-
PENYELIDIKAN
UNIT SEKRETARIAT
Bertanggungjawab menyediakan bahan dan data yang berkaitan untuk
siaran akhbar dan media yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat
kegiatan penyalahgunaan dadah berlaku di Negara Brunei Darussalam
kepada orang ramai;
Penyediaan laporan tahunan BKN, MSD dan JPM yangmana merangkumi
semua aktiviti-aktiviti BKN dan juga menyediakan Laporan Negara
(Country Report), Tren Dadah dan Modus Operandi aktiviti jenayah
dadah;
Pemantauan ke atas perkembangan dan kemajuan perancangan strategik
Jabatan ini bagi tahun 2006 sehingga 2015;
UNIT DATA
Bertanggungjawab dalam merekodkan data harian bagi kes yang
berhubungkait dengan aktiviti penyalahgunaan dan jenayah dadah;
Memasukkan dan mengemaskini data tangkapan ke dalam sistem 'look up';
Memasukkan data fail-fail pengawasan dan PAI yang sudah selesai
kedalam sistem senarai fail dan seterusnya untuk penyimpanan
Cawangan Penyelidikan;
Mendaftar dan memasukkan data bagi sijil analisa keputusan contoh
air kencing dan eksibit;
TEKNOLOGI INFO-KOMUNIKASI
UNIT INFORMASI TEKNOLOGI
Mengawasi dan mentadbir Rangkaian Berkomputer Setempat (Local Area
Network) dan sistem-sistem berkomputer bagi Jabatan ini;
Bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran, menjalankan latihan,
membuat perancangan, menyediakan sistem-sistem, pemeliharaan dan
permohonan peralatan komputer serta menyelia sistem-sistem komputer
di Jabatan ini;
UNIT REGISTRI
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam memantau pendaftaran fail-fail
yang diterima dari Cawangan-cawangan dan Bahagian disamping memantau
segala persuratan yang diterima oleh Jabatan;
Mengemaskini keputusan kes Borang Mahkamah (BKN 65) dan Fail-fail
Penyiasatan yang sudah selesai kedalam Sistem Look-up, CRS, Fail
Senarai IP dan seterusnya membuat imbasan ke dalam Sistem E-IP
sebelum fail disimpan ke bilik Registri;
Tapisan Keselamatan bertanggungjawab memantau ke atas permohonan
yang diterima dari Jabatan kerajaan dan swasta bagi mengenalpasti
nama-nama yang dihadapkan tidak terlibat dengan kegiatan
penyalahgunaan dadah;
ANTARABANGSA
Menyelaras hal ehwal serantau dan antarabangsa;
Menyelaras mesyuarat-mesyuarat peringkat serantau dan antarabangsa
seperti ASEAN dan United Nation;
Mengenal pasti dan menyelaras semua projek dan program ASOD
berkenaan dengan Jabatan;
Menyediakan maklumat dan memantau tindakan hasil mesyuarat bagi
negara dan pertubuhpan tahap serantau dan antarabangsa;
Menyelaras borang selidik diterima dari pertubuhan-pertubuhan
serantau dan antarabangsa;
'Focal point' bagi perhubungan Biro Kawalan Narkotik dengan
negara-negara dan pertubuhan tahap serantau dan antarabangsa;
Menyediakan surat kebenaran pegawai-pegawai yang akan menghadiri
mesyuarat di luar negara kepada Jabatan Perdana Menteri;
Menyediakan jadual perjalanan, pengurusan tiket penerbangan dan
kediaman semasa mengikuti mesyuarat atau persidangan di luar negara;
TugasdanTanggungjawabCawanganiniialah:-
Mengendalikan dan menyebarluaskan
program pendidikan pencegahan dadah;
Mengendalikan pengambilan contoh air
kencing kepada penuntut-penuntut sekolah, pegawai dan kakitangan
kerajaan, swasta, pihak umum dan yang memerlukan perkhidmatan;
Meningkatkan kesedaran semua lapisan
masyarakat mengenai bahaya dadah dan tanggungjawab kepada diri
sendiri, agama, bangsa dan negara;
Memberikan pendidikan, bimbingan dan
menggiat masyarakat untuk berganding bahu dengan pihak Biro Kawalan
Narkotik dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah;
TugasutamaCawanganiniialah
memberibimbingankepadapenagihpenagihdadahuntukmenujukejalan yang betulsupayamerekaakandapatditerimaolehkeluargadanmasyarakat.
Cawanganini
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
PENGAWASAN
Membuat pengambilan contoh air kencing Orang Yang Dibawah Pengawasan
(OYDP);
Membuat lawatan ke rumah dan seterusnya perjumpaan bersama keluarga
Orang Yang Dibawah Pengawasan (OYDP);
Menjalankan temuduga bagi mengikuti perkembangan diri Orang Yang
Dibawah Pengawasan (OYDP);
KAUNSELING
Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok kepada Orang Yang
Dibawah Pengawasan (OYDP) yang memerlukan dan diarahkan untuk
menjalani sesi Kaunseling keluarga Orang Yang Dibawah Pengawasan (OYDP);
Sokong bantu OYDP (Klien) mengongsikan masalah berkaitan dengan
pemulihan dadah dan apajua masalah yang sama;
Membuat penilaian dan penganalisaan setiap OYDP di awal kemasukkan
bagi keperluan pelan perancangan pemulihan;
Menyediakan laporan penilian psikologi dari maklumat yang diperolehi
dari pengukuran psikologi yang saintifik dari sesi temuduga individu
dan pemerhatian tingkah laku terhadap OYDP;
KEGIATAN
LANJUTAN
Menyediakan program-program Jati Diri dan Jaya Diri diantaranya
program keagamaan, orientasi, fizikal, mental dan disiplin,
kesihatan, riadah dan muzakarah dan integrasi kedalam masyarakat;
Pusat ini
adalah sebuah institusi yang diluluskan bagi menerima kemasukkan
penyalahguna-penyalahguna dadah dan bahan-bahan yang mengkhayalkan bagi
tujuan menjalani rawatan dan pemulihan mengikut Akta Penyalahgunaan
Dadah (Penggal 27) dan Akta Bahan-Bahan Yang Mengkhayalkan (Penggal 161).
Pusatini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-
PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran pusat, kewangan, persuratan
pejabat, kenderaan, stor, kebersihan kewangan dan bangunan;
KKCPPD
Mengendalikan pengumpulan data-data peribadi residen, hal ehwal
kebajikan, memberikan khidmat kaunseling, pengawasan, kemasukan,
lawatan keluarga dan penilaian tahap kemajuan residen sepanjang
menjalani rawatan dan pemulihan;
Memberi ceramah dan taklimat kepada pelawat-pelawat dari jabatan
kerajaan, swasta, maktab, sekolah dan lain-lain;
PROGRAM
Mengendalikan program pemulihan bagi residen lelaki dan wanita;
Program ini mengandungi program Therapeutic Community (TC),
Vokasional dan Ugama;
PERMAKANAN
Mengendalikan permakanan residen serta pengurusan dapur dan kantin
Pusat Al-Islah;
Unit ini
adalah
untuk menperkemaskan lagi pengurusan kewangan
dan harta benda kerajaan dengan lebih efisien dan teratur.
Unit
ini bertanggungjawap dalam:
Melapor terus kepada Ketua Jabatan dan kepada Setiausaha Tetap,
Jabatan Perdana Menteri;
Memeriksa, menilai serta membuat cadangan pembaikan dan peningkatan
ke atas kawalan proses dan sistem pengurusan kewangan dan harta
benda kerajaan;
Menerima dan menyiasat aduan-aduan dari mana-mana pihak termasuk
orang ramai;
Memantau tindakan ke atas teguran / cadangan Jabatan Audit;
Memastikan Peraturan Kewangan 1983, undang-undang, prosedur-prosedur
dan surat keliling berkaitan dengan hal ehwal kewangan difahami dan
dipatuhi;
Bahagian ini adalah
dibawah tanggungjawab penuh Pengarah dan Timbalan Pengarah dan merupakan
'Non Operational'.
Bahagian ini bertanggungjawab
dalam:-
Pentadbiran dan hal-ehwal pegawai-pegawai dan kakitangan Biro
Kawalan Narkotik dalam mengendalikan urusan pentadbiran, latihan,
cuti, gaji dan lain-lain;