Cawangan Keselamatan dan Perkhidmatan Am
Cawangan Pelaksana dan Risikan
Cawangan Penyelidikan
Cawangan Bimbingan Kemasyarakatan dan Pendidikan Pencegahan Dadah
Cawangan Pengawasan
Unit Audit Dalaman
Unit Sekatriat
Unit Penyelidikan Operasi
Unit Pentadbiran
Unit Anjing
 
 

Tugas utama Cawangan ini ialah:-

  • Pentadbiran Operasi
  1. Menyelaras keperluan keperluan operasional, pembelian  alat-alat kelengkapan dan peralatan teknikal bagi perhubungan, senjata api dan pakaian seragam bagi Pegawai Keselamatan.

  2. Menyelenggarakan stor senjata api dan memastikan barang barang bukti kes dalam keadaan selamat.

  3. Mengendali dan mengawas kesempurnaan bangunan bangunan pejabat, kelengkapan dan kawasan       rumah rumah kediaman pegawai pegawai samada bangunan kerajaan atau rumah rumah sewa perseorangan.

  4. Mengendali dan mengurus kursus, latihan, mesyuarat, seminar, bengkel dan penempatan dalam dan luar negeri.

  5. Menyelenggarakan dan memastikan keselamatan serta kesempurnaan padang tembak.

  6. Mengendalikan pengambilan contoh air kencing (urine screening) secara rambang keatas penuntut, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

 
 

Tugas utama Cawangan ini ialah:-

  1. Serbuan dan tangkapan

  2. Penyiasatan

  3. Pendakwaan

1.  Serbuan dan tangkapan:

  1. Menjalankan serbuan dan tangkapan, merampas dadah dan benda benda yang berkaitan dengannya.

  2. Membuat pengintipan di tempat tempat yang dikenal pasti.

  3. Menjalankan rondaan di perairan Brunei

2.  Penyiasatan:

  1. Membuka Kertas Penyiasatan (IP) dan Doket keatas kes kes yang dilaporkan.

  2. Membuat soal siasat keatas tangkapan dan orang orang disyaki.

  3. Pengambilan contoh air kencing tangkapan dan orang orang yang disyaki.

  4. Mengumpul, menganalisa dan menyalurkan maklumat tentang kegiatan dadah dan bahan bahan yang menghayalkan (inhalan)

3.  Pendakwaan:

  1. Membuat persediaan kes setelah menerima kebenaran mendakwa dari Timbalan Pendakwa Raya.

  2. Menjalankan pendakwaan semua kes kes dibawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Akta Bahan Bahan Yang Menghayalkan dan Akta Racun.

 

Tugas utama Cawangan ini ialah:-

  1. Kerja-Kerja Penyelidikan

  2. Teknologi Maklumat

  3. Perangkaan

  4. Tapisan Keselamatan

  5. Pendaftaran

1.  Kerja-Kerja Penyelidikan :

  1. Merancang dan menjalankan penyelidikan mengenai isu penyalahgunaan dadah dan isu isu lain yang berkaitan mengikut keperluan semasa.

  2. Menyediakan lapuran seperti Laporan Tangkapan, Lapuran Tahunan dan Lapuran Negara.

2.  Teknologi Maklumat:

  1. Mengawasi dan mentadbir Rangkaian Berkomputer Setempat (Local Area Network) dan sistem sistem berkomputer bagi Jabatan ini.

  2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran, menjalankan latihan, membuat perancangan, menyediakan sistem sistem, pemeliharaan dan permohonan peralatan komputer serta menyelia sistem sistem komputer di Jabatan ini.

3.  Perangkaan:

  1. Mengumpulkan maklumat dan data mengenai tangkapan dan rampasan serta menyediakan perangkaan secara berkomputer.

Tugas utama Cawangan ini ialah:

  • Pendidikan Pencegahan Dadah
  1. Menjadi penyelaras pertubuhan Gerakan Ibu Bapa Belia (GIBB) dan memantau pelbagai kegiatan kegiatan  berfaedah bagi masyarakat.

  2. Mengadakan ceramah motivasi ataupun sessi kaunseling.

  3. Mengadakan ceramah dan pameran bagi meningkatkan kesedaran masyrakat dalam pendidikan pencegahan dadah.

  4. Menerbit dan menyebarkan mesej anti dadah melalui media elektronik dan media cetak.

Tugas utama Cawangan ini ialah memberi bimbingan kepada penagih penagih dadah untuk menuju kejalan yang betul supaya mereka akan dapat diterima oleh keluarga dan masyarakat.

Kegiatan kegiatan yang dijalankan oleh Cawangan ini ialah:

  1. Pengawasan keatas penyalahgunaan dadah.

1.  Pengawasan:

  1. Mengendalikan Skim Pengawasan keatas orang orang yang telah sabit kesalahan dibawah bab 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah. Rujukan diterima dari tiga sumber iaitu:

    1. Rawatan dan Pemulihan Rumah Al-Islah

    2. Rumah Penjara

    3. Perintah Mahkamah

    4. Individu Individu Sukarela

  2. Menjalankan temuduga, pengambilan contoh air kencing dan darah Orang Yang Dibawah Pengawasan (OYDP) untuk dijalankan ujian.

  3. Membuat lawatan kerumah OYDP atau tempat kerja.

 
 
 
     
   
 
2006 NCB © All rights reserved